Peranan berkaitan Duta besar

  • Duta Besar Istimewa dan Mutlak (Ambassador Extraordinary & Plenipotentiary) - Orang yang dilantik sebagai pegawai diplomatik yang mempunyai kuasa yang mutlak dan istimewa mewakili negaranya dalam urusan antarabangsa.
  • Kuasa usaha (charge d'affaires) - Penjawat yang mewakili Kementerian Luar Negeri sesebuah negara yang ditempatkan di luar negara. Jawatan tersebut merupakan pangkat tertinggi selepas duta besar di pejabat kedutaan. Semua pegawai diplomatik yang ditempatkan di sesebuah negara asing biasanya dikenali sebagai kor diplomat dan duta besar bertindak sebagai ketua. Para diplomat dan kakitangannya serta keluarga mereka diberikan hak imuniti (kekebalan).